Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Syria menuntut pemindahan ribuan penduduk awam bandar Fuah dan Kafarya sebagai pertukaran bagi pemindahan para militan dan pengganas yang masih berada di Aleppo.
Pada awal hari ini, beberapa buah bas telah tiba di timur Aleppo sebagai persiapan untuk memindahkan para militan dan pengganas yang masih terperangkap di Aleppo.
Perjanjian itu melibatkan 1200 orang penduduk dari dua buah bandar yang terletak di wilayah Idlib. Mereka akan dipindahkan dari kedua-dua bandar yang sedang dikepung itu ke kawasan yang lain. Sebagai pertukaran, jumlah yang sama daripada pihak militan, pengganas dan ahli keluarga mereka akan dipindahkan dari bandar Aleppo.
Menurut pihak kerajaan, para militan tidak akan dibenarkan untuk meninggalkan Aleppo sehingga pemindahan di Fuah dan Kafarya diselesaikan.
Fuah dan Kafarya adalah kawasan yang masih dikawal oleh pihak kerajaan di wilayah Idlib. Kedua-dua bandar itu dikepung oleh pihak militan sejak 2013. Sekitar 20000 orang dikatakan terperangkap di situ dan situasi mereka dilaporkan amat teruk.
Malangnya penderitaan mereka tidak mendapat perhatian pihak media yang lebih tertumpu kepada situasi di timur Aleppo di mana kumpulan militan dan pengganas menjadi pihak yang terkepung di sana.
18 Disember 2016 - 18:44
News ID: 799143
Kerajaan Syria menuntut pemindahan ribuan penduduk awam bandar Fuah dan Kafarya sebagai pertukaran bagi pemindahan para militan dan pengganas yang masih berada di Aleppo.