24 Disember 2016 - 17:23
Berita Bergambar: Pengebumian Pejuang Syria Di Bandar Az-Zahra, Aleppo

Ali Ibrahim adalah seorang tentera Syria yang terbunuh semasa operasi membebaskan bandar Aleppo di negara itu. Beliau dikebumikan pada hari semalam di kampung halamannya iaitu bandar Az-Zahra yang terletak di utara wilayah Aleppo. Syria masih bergelut dengan keganasan yang ditaja oleh kerajaan asing seperti Arab Saudi. Akan tetapi pengorbanan rakyat Syria seperti Ali Ibrahim telah menyumbang kepada pembebasan bandar ketiga terbesar negara itu iaitu Aleppo.