28 Disember 2016 - 15:22
Peluru Buatan A.S, Jerman Dan Bulgaria Ditemui Di Aleppo

Kumpulan jurutera Tentera Rusia telah menemui peluru buatan Amerika Syarikat, Jerman dan Bulgaria ketika melakukan operasi memusnahkan ranjau di bandar Aleppo, Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan jurutera Tentera Rusia telah menemui peluru buatan Amerika Syarikat, Jerman dan Bulgaria ketika melakukan operasi memusnahkan ranjau di bandar Aleppo, Syria. Perkara itu dilaporkan oleh Pemerintah Pusat Tindakan Periuk Api Antarabangsa Rusia, Ivan Gromov pada hari Selasa.

"Peluru, senjata berkaliber kecil dan roket-roket untuk sistem pelancar roket berganda Grad kesemuanya ditemui di sana. Peluru-peluru itu dibuat di Jerman, Amerika Syarikat dan Bulgaria," katanya di dalam sebuah temu ramah dengan rangkaian TV Rossiya-24.

Jurutera tempur Rusia juga menemui peluru mortar berkaliber 122mm, roket untuk sistem pelancar roket berganda, bom tangan, pelancar bom tangan dan peluru howitzer di salah satu daripada ibu pejabat militan di bandar itu. Menurutnya jumlah peluru yang ditemui cukup untuk menampung keperluan sebuah batalion penuh.