Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kesemua serpihan pesawat malang TU-154 yang terhempas di Laut Hitam telah dibawa ke darat oleh para petugas. Perkara itu dilaporkan oleh seorang sumber daripada agensi penguatkuasa tempatan pada hari Khamis.
"Serpihan terakhir yang ditemui sebelum ini telah dibawa ke daratan," kata sumber itu kepada agensi berita Tass.
Dia juga menambah bahawa sebanyak 1800 serpihan pesawat milik Kementerian Pertahanan Rusia itu telah ditemui setakat ini. Sebanyak 19 jasad dan 239 anggota badan para penumpang turut ditemui di kawasan pencarian.
Seramai 92 orang dilaporkan berada di dalam pesawat malang itu ketika nahas. Kapal itu sedang dalam perjalanan menuju ke Syria sejurus selepas mengisi minyak di bandar peranginan Adler yang terletak di Sochi. Kebanyakan penumpang adalah ahli kepada kumpulan Alexandrov Ensemble (kumpulan koir tentera) yang dalam perjalanan dari Moscow ke Pangkalan Udara Hmeymim di Syria untuk mengambil bahagian di dalam sambutan tahun baru.
29 Disember 2016 - 08:14
News ID: 801461
Kesemua serpihan pesawat malang TU-154 yang terhempas di Laut Hitam telah dibawa ke darat oleh para petugas. Perkara itu dilaporkan oleh seorang sumber daripada agensi penguatkuasa tempatan pada hari Khamis.