Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Bashar Assad berkata bahawa krisis bersenjata di Syria boleh diselesaikan jika bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengotakan janjinya untuk memulihkan hubungan dengan Rusia. Beliau membuat kenyataan itu di dalam sebuah temu ramah dengan saluran televisyen Itali, Canale 5.
Pemimpin Syria itu turut mengecam Barat kerana meletakkan prioriti ke atas polisi penukaran rejim berbanding perang membasmi keganasan di Timur Tengah.
"Akar kepada masalah pada masa ini adalah sokongan Barat kepada kumpulan-kumpulan pengganas. Mereka ini (kumpulan pengganas) mungkin bukan Daes, tetapi kumpulan-kumpulan lain yang dilabel 'moderat' ataupun 'topi putih'... dalam rangka menyembunyikan tabiat mereka sekaligus mencapai hasrat politik (Barat)," kata beliau.
Presiden itu turut menambah bahawa terorisme moden berakar umbi di dalam doktrin keagamaan Wahhabi.
"Jika kamu ingin menyelesaikan masalah berkaitan keganasan, kamu perlu terlebih dahulu memusnahkan intinya iaitu ideologi Wahhabisme," tambah beliau lagi.
30 Disember 2016 - 08:01
News ID: 801640
Presiden Bashar Assad berkata bahawa krisis bersenjata di Syria boleh diselesaikan jika bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengotakan janjinya untuk memulihkan hubungan dengan Rusia. Beliau membuat kenyataan itu di dalam sebuah temu ramah dengan saluran televisyen Itali, Canale 5.