Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi berkata bahawa pentadbirannya telah mencapai persetujuan dengan Turki berkaitan tuntutan Baghdad ke atas pengunduran Tentera Ankara dari sebuah kem tentera yang terletak di utara Iraq.
Abadi membuat pengumuman itu pada hari Sabtu selepas bertemu dengan Perdana Menteri Turki, Ben Ali Yildirim yang melawat Baghdad.
TV Iraq yang menyiarkan pengumuman Abadi tidak menyatakan perincian berkaitan perjanjian yang menyentuh tentang kehadiran Tentera Turki di bandar Bashiqa, Iraq. Pada masa ini, Turki menempatkan 500 anggota tenteranya di kem tersebut.
Iraq sebelum ini menuntut Turki untuk mengundurkan tenteranya dari wilayah tersebut sambil mengugut Ankara bahawa tindakan mereka boleh mengakibatkan perang di antara kedua-dua negara tercetus.
7 Januari 2017 - 17:51
News ID: 803407
Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi berkata bahawa pentadbirannya telah mencapai persetujuan dengan Turki berkaitan tuntutan Baghdad ke atas pengunduran Tentera Ankara dari sebuah kem tentera yang terletak di utara Iraq.