Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Washington dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengangkat sekatan yang dikenakan ke atas Rusia sebelum ini. Perkara itu dilaporkan oleh penasihat Presiden Amerika Syarikat kepada Fox News.
Kellyanne Conway memberitahu Fox News bahawa "Kesemua perkara sedang dipertimbangkan," ketika menjawab soalan wartawan tentang kemungkinan Trump akan membincangkan tentang pengangkatan sekatan ke atas Rusia di dalam perbualannya dengan Presiden Putin yang dijangka akan berlangsung pada hari Sabtu ini.
Sebelum ini, pentadbiran Obama telah mengenakan beberapa siri sekatan ke atas Rusia berikutan beberapa alasan seperti isu di Ukraine, Syria dan serangan siber ke atas sasaran Amerika Syarikat. Rusia walau bagaimanapun telah menafikan kesemua dakwaan Washington.
Donald Trump dilaporkan mahu memperbaiki hubungan dengan Rusia dan hari Khamis telah sekali lagi menyatakan hasratnya untuk berbuat demikian di dalam temu ramah dengan Fox News.
Sementera itu, jurucakap Presiden Putin memberitahu pemberita bahawa dia tidak tahu-menahu berkaitan rancangan Trump untuk menamatkan sekatan ke atas Rusia.
27 Januari 2017 - 19:43
News ID: 807684
Washington dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengangkat sekatan yang dikenakan ke atas Rusia sebelum ini. Perkara itu dilaporkan oleh penasihat Presiden Amerika Syarikat kepada Fox News.