Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak bandaraya Paris merancang untuk membina tembok kaca di sekeliling menara Eiffel sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan untuk mengelakkan serangan pengganas ke atas monumen bersejarah itu.
"(Tahap) ancaman keganasan kekal tinggi di Paris dan kawasan yang paling terdedah kepada ancaman itu didahului oleh menara Eiffel. Menara itu perlu dijadikan objek kepada langkah-langkah keselamatan," kata timbalan datuk bandar, Jean-Francois Martins pada hari Khamis.
Dinding kaca yang akan dipasang di sekitar menara yang dibina pada tahun 1889 akan menghalang individu ataupun kenderaan daripada menyerbu ke arah monumen yang dikunjungi sekitar 6 juta orang pelawat setiap tahun.
Menurut para pegawai, dinding yang berketinggian 2.5 meter itu akan dibina pada musih luruh ini untuk menggantikan pagar besi yang dipasang sempena kejohanan bola sepak Euro tahun lepas.
/315