Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ratusan pendatang haram telah ditahan di seluruh Amerika Syarikat pada minggu ini di dalam sebuah operasi besar-besaran selepas Presiden Donald Trump mengeluarkan arahan kepada agensi terbabit untuk bertindak tegas ke atas mereka.
Para anggota Jabatan Imigresen Persekutuan menyerbu rumah-rumah dan tempat kerja pada siang hari di dalam operasi yang dilancarkan di bandar raya New York, Chicago, Atlanta, kawasan Los Angeles, North Carolina dan juga South Carolina untuk menahan pendatang haram. Perkara itu dilaporkan oleh surat khabar The Washington Post.
Operasi itu adalah yang pertama dilaporkan selepas Trump menandatangani arahan eksekutif pada 26 Januari lalu yang mengarahkan agensi terbabit supaya bertindak tegas ke atas jutaan pendatang haram yang menetap di Amerika Syarikat sambil berjanji untuk menghantar pulang seramai 3 juta pendatang asing yang mempunyai rekod jenayah.
Menurut surat khabar yang sama, antara mereka yang ditahan adalah para immigran yang tidak mempunyai rekod jenayah. Mereka turut dilaporkan berhadapan dengan risiko dihantar pulang ke negara asal mereka.
/315
11 Februari 2017 - 18:16
News ID: 811012
Ratusan pendatang haram telah ditahan di seluruh Amerika Syarikat pada minggu ini di dalam sebuah operasi besar-besaran selepas Presiden Donald Trump mengeluarkan arahan untuk bertindak tegas ke atas mereka.