17 Februari 2017 - 18:24
Syria Gesa Majlis Keselamatan Berkeras Ke Atas Turki Yang Mencabul Wilayahnya

Kementerian Luar Syria mengecam 'jenayah dan serangan berulang' Turki ke atas warga Syria sambil mengutuk pencabulan wilayah Syria yang dilakukan oleh tentera Ankara di dalam dua pucuk surat yang ditujukan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Syria mengecam 'jenayah dan serangan berulang' Turki ke atas warga Syria sambil mengutuk pencabulan wilayah Syria yang dilakukan oleh tentera Ankara di dalam dua pucuk surat yang ditujukan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kementerian itu menyatakan rasa tidak puas hati mereka ke atas tindakan Turki di dalam surat-surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan (UNSC) badan yang sama.

Di dalam surat-surat tersebut, Syria menggesa UNSC untuk menggunakan pengaruh mereka di dalam memaksa Ankara untuk mengakhiri tindakan "jenayah dan serangan berulang mereka ke atas warga Syria dan di salam masa yang sama menghentikan pencabulan ke atas wilayah Syria," baca laporan yang ditulis oleh agensi berita SANA.

Damsyik berkata bahawa tindakan agresif Turki ke atas Syria bermula sejak 5 tahun yang lalu dan melibatkan aktiviti membekalkan persenjataan dan bantuan logistik kepada kumpulan pengganas yang beroperasi di Syria.

Kementerian itu menggesa UNSC untuk melaksanakan tanggungjawab mereka di dalam menjamin keelamatan dan keamanan antara bangsa.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas SANA melaporkan bahawa tentera Turki telah membunuh 24 irang warga awam Syria termasuk kanak-kanak dan perempuan di bandar al-Bab.

/315