Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dialog di antara Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Rex Tillerson di Bonn dilaporkan bersifat produktif dan kedua-dua pihak membincangkan tentang ruang kerjasama yang mampu dilaksanakan oleh Moscow dan Washington. Perkara itu dinyatakan oleh jurucakap kementerian itu, Maria Zakharova pada hari Sabtu.
Pada 16 Februari lepas, Lavrov menemui Setiausaha Jabatan Negara A.S yang baru, Tillerson buat kali yang pertama. Kedua-dua pihak mengesahkan tentang kewujudan aspek kepentingan bersama di dalam peperangan menentang keganasan.
Jurucakap itu turut menambah dengan mengatakan bahawa mereka telah membicangkan tentang kerjasama di dalam beberapa isu antarabangsa yang lain seperti Afghanistan, Ukraine dan Korea Utara,
Di samping itu, perbincangan berkaitan hubungan dua hala kedua-dua negara turut mewarnai pertemuan kedua-dua diplomat itu.
Pada 1 Februari, Senat A.S telah mengesahkan Tillerson sebagai Setiausaha Jabatan Negara yang baharu. Lavrov sebelum ini telah menyuarakan hasratnya untuk berkerjasama dengan Tillerson.
Hubungan A.S dan Rusia mencapai tahap yang rendah di bawah pentadbiran Obama kerana beberapa sebab seperti isu di Crimea dan Syria. Obama turut menuduh Rusia melakukan campur tangan di dalam proses pilihan raya presiden di negranya.
Donald Trump semasa kempen pilihan raya Presiden A.S tahun 2016 meluahkan hasratnya untuk memeprbaiki hubungan dua hala kedua-dua negara.
Presiden A.S itu kini berhadapan dengan tekanan hebat daripada parti Republikan dan Demokrat berikutan keinginan beliau untuk memulihkan hubungan Washington-Moscow.
/315