20 Februari 2017 - 18:30
Jangan Lantik Bolton: Rand Paul Beri Amaran Kepada Trump

Senator Republikan, Rand Paul menasihati Presiden Donald Trump supaya tidak memilih John Bolton sebagai penasihat keselamatan baharu pentadbirannya. Beliau memberi amaran bahawa bekas duta A.S ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu mempunyai pendekatan yang cenderung kepada peperangan sepertimana yang dimiliki oleh Senator John McCain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Senator Republikan, Rand Paul menasihati Presiden Donald Trump supaya tidak memilih John Bolton sebagai penasihat keselamatan baharu pentadbirannya. Beliau memberi amaran bahawa bekas duta A.S ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu mempunyai pendekatan yang cenderung kepada peperangan sepertimana yang dimiliki oleh Senator John McCain.

"Masalah yang wujud dengan John Bolton ialah dia tidak menyetujui dasar luar Presiden Trump," kata Paul kepada ABC News pada hari Ahad.

Bolton yang namanya kerap diutarakan apabila apabila berbincang berkenaan jawatan kosong yang wujud di dalam kabinet Trump adalah salah seorang calon yang disenaraikan untuk menggantikan Michael Flynn yang meletakkan jawatannya pada minggu lepas berikutan hubungannya dengan Rusia.

Paul pada hari Ahad berkata bahawa Bolton sangat cenderung dengan penggunaan kekerasan sepertimana Senator John McCain yang sudah beberapa bulan mempunyai perselisihan dengan Presiden Trump.

Flynn sebelum ini dipecat oleh Trump setelah memberikan maklumat yang tidak tepat berkaitan hubungannya dengan Rusia kepada Timbalan Presiden, Mike Pence. Perkara itu melibatkan kemungkinan penamatan sekatan yang dikenakan oleh pentadbiran Obama ke atas negara Persekutuan Rusia.

Trump cuba menangani krisis itu dengan menawarkan jawatan itu kepada Timbalan Laksamana Robert Harward. Akan tetapi, masalah itu berlanjutan apabila Howard menolak tawaran tersebut dengan memberikan alasan berkaitan isu "kewangan dan keluarga".


/315