Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Peniaga menjual minyak dalam kapal tangki yang berlabuh di perairan Malaysia, Singapura dan Indonesia menunjukkan tanda pengurangan pengeluaran diketuai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) mula mendatangkan kesan bagi mengurangkan lebihan inventori.
Bagaimanapun, dalam jangka pendek, minyak mentah yang dikeluarkan dari kapal tangki akan memberi kesan kepada pasaran dan mungkin menjejaskan matlamat Opec bagi mencapai pasaran seimbang pada pertengahan 2017.
Akhir tahun lalu, Opec bersama pengeluar bukan Opec, termasuk Rusia, mengumumkan akan mengurangkan pengeluaran hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) menjelang suku pertama 2017, bertujuan mengurangkan lebihan bekalan minyak mentah daripada lebih AS$100 setong pada 2014 kepada sekitar AS$56.50 ketika ini.
“Strategi Opes menyasarkan inventori – berdasarkan skala terjual, pasaran tidak dapat diimbangi dalam tempoh 6 bulan – kami menjangkakan lanjutan ke (separuh ke-2 2017),” kata penganalisis Energy Aspects, Virendra Chauhan.
Ketika strategi Opec itu mula menyebabkan sesetengah permintaan tidak dapat dipenuhi, sejumlah 6.8 juta tong minyak mentah diambil daripada simpanan kapal tangki dari Linggi, di luar pantai barat Malaysia, bulan ini, berdasarkan data perkapalan di Thomson Reuters Eikon.
Mengikut data itu, tambahan 4.1 juta tong dan 1.2 juta tong minyak mentah turut dikeluarkan dari simpanan tangki minyak yang berlabuh di perairan Singapura dan Indonesia.
Dalam jangka pendek, kebanjiran minyak mentah dari simpanan terapung akan meningkatkan bekalan dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah ke Asia.
Bagaimanapun, dalam jangka panjang, menghabiskan lebihan inventori seperti kapal tangki adalah sebahagian daripada matlamat Opec untuk mengimbangi pasaran.
“Inventori akan terus merosot didorong gabungan pengurangan pengeluaran dan pertumbuhan permintaan kukuh,” kata bank AS, Goldman Sachs kepada pelanggan menerusi kenyataan minggu ini yang turut menjangkakan harga Brent meningkat sedikit pada suku ke-2, kepada $59 setong.
Piagam peniaga kapal tangki besar seperti Very Large Crude Carriers (VLCC) yang boleh menyimpan sehingga 2 juta tong minyak untuk tempoh lama, apabila keadaan pasaran dikenali sebagai “contango” berlaku dengan harga untuk penghantaran kemudian lebih tinggi daripada penghantaran segera.
“Contango” pada Januari hingga Jun 2017 hampir $3 setong berbanding premium Jun di bawah $0.50 sekarang.
Dengan harga dijangka merosot sehingga 2018 dan seterusnya, peniaga menyifatkan kejatuhan itu pembalikan yang menjadikan ia tidak menarik untuk menyimpan minyak dalam kapal tangki sewa.
“Contango naik turun sekarang bukan perkara menguntungkan, jadi kami jual,” kata seorang pengurus perdagangan minyak yang sehingga baru-baru ini mempunyai simpanan minyak mentah dalam sebuah kapal tangki. -Reuters
24 Februari 2017 - 05:19
News ID: 813718
Peniaga menjual minyak dalam kapal tangki yang berlabuh di perairan Malaysia, Singapura dan Indonesia menunjukkan tanda pengurangan pengeluaran diketuai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) mula mendatangkan kesan bagi mengurangkan lebihan inventori.