3 Mac 2017 - 20:12
Le Pen Janjikan Referendum 'Frexit" Jikalau Terpilih Sebagai Presiden

Calon Pilihanraya Presiden Perancis, Marine Le Pen berkata bahawa beliau akan menganjurkan sebuah pungutan suara berhubung kemungkinan negara itu meninggalkan blok Kesatuan Eropah jikalau memenangi pilihanraya tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Calon Pilihanraya Presiden Perancis, Marine Le Pen berkata bahawa beliau akan menganjurkan sebuah pungutan suara berhubung kemungkinan negara itu meninggalkan blok Kesatuan Eropah jikalau memenangi pilihanraya tersebut.

Pemimpin parti Barisan Kebangsaan (NF) itu berkata pada hari Khamis bahawa kemungkinan Perancis meninggalkan pakatan itu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan lagi. Akan tetapi, isu yang masih menjadi persoalan ialah "bila dan pra-syarat" berhubung proses itu sendiri.

"Rakyat Perancis secara umumnya belum mengetahui tentang perkara itu. Akan tetapi, kebenaran akan menjelma di dalam masa beberapa bulan yang akan datang; Euro bagaikan bangkai bernyawa," kata beliau dengan merujuk kepada mata wang blok itu.

Jikalau dilantik sebagai Presiden Perancis, Le Pen berkata bahawa dia akan memulakan proses perundingan semula kesemua perjanjian yang dibuat sebelum ini di antara negara itu dengan blok tersebut dalam rangka memperolehi kebebasan di dalam aspek kewangan, perundangan, wilayah dan ekonomi.