Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan gabungan diketuai Amerika Syarikat (AS) berkata, serangan udara yang dilancarkan ke atas kumpulan militan Daesh di barat Mosul dipercayai turut mengorbankan beberapa orang awam.
Ini dijelaskan dalam data serangan terbaru pasukan itu yang menyebut bahawa ia dilancarkan atas permintaan pasukan keselamatan Iraq pada 17 Mac lalu.
Serangan itu katanya, dibuat ke atas kumpulan Daesh. Saksi dan pegawai kerajaan Iraq dipetik sebagai berkata, serangan bom di barat Mosul itu mengorbankan puluhan orang tetapi jumlah sebenar tidak dapat dipastikan.
Pada mulanya ia dikatakan mengorbankan sekurang-kurangnya 220 orang awam yang terbunuh secara tidak sengaja kerana berada di lokasi serangan ketika itu.
Beberapa insiden lain yang turut mengakibatkan kematian orang awam masih dalam siasatan. - AFP
25 Mac 2017 - 18:42
News ID: 819945
Pasukan gabungan diketuai Amerika Syarikat (AS) berkata, serangan udara yang dilancarkan ke atas kumpulan militan Daesh di barat Mosul dipercayai turut mengorbankan beberapa orang awam.