11 April 2017 - 05:19
Pyongyang Sedia Berperang Selepas A.S Tempatkan Kumpulan Kapal Perang Di Semenanjung Korea

Korea Utara berkata bahawa mereka bersedia untuk berhadapan dengan peperangan selepas Amerika Syarikat menempatkan armada lautnya di Semenanjung Korea.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Korea Utara berkata bahawa mereka bersedia untuk berhadapan dengan peperangan selepas Amerika Syarikat menempatkan armada lautnya di Semenanjung Korea.

Pyongyang memberikan reaksi awal mereka ke atas tindakan Washington sebelum ini yang mengerahkan armada tentera laut mereka. Korea Utara mengecam kehadiran kumpulan kapal laut Amerika Syarikat itu dan berikrar untuk mempertahankan diri mereka melalui "pengunaan angkatan bersenjata kuat."

Pada hari Sabtu lepas, sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat mengetuai sekumpulan kapal laut negara itu menuju ke ke lautan berhampuran Semenanjung Korea sekaligus meningkatkan ketegangan yang sedia ada si kawasan itu.

"Perkara ini membuktikan bahawa tindakan buram Amerika Syarikat untuk untuk mencerobohi DPRK telah mencapai fasa yang serius," kata Kementerian Luar Negara itu yang dilaporkan oleh media kebangsaan.

"Kami akan mengambil tindak balas yang paling keras ke atas para pelaku provokasi dalm rangka mempertahankan diri kami sendiri dengan angkatan bersenjata yang kuat," tambah mereka.

Kumpulan kapal Amerika Syarikat yang dinamakan sebagai Carl Vinson akan beroperasi di barat lautan Pasifik sehingga notis lain dikeluarkan oleh pihak terbabit.

/315