Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentagon hari ini enggan mengulas laporan rangkaian penyiaran NBC mengenai kemungkinan melaksanakan tindakan ketenteraan lebih awal terhadap Korea Utara.
Menurutnya, ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) itu tidak membincangkan operasi masa depan atau membuat spekulasi mengenai tindakan, selaras dengan dasar jabatan itu.
"Komander kami mempunyai banyak pilihan untuk bertindak menghadapi sebarang kemungkinan," kata jurucakap Pentagon, Dana White, dalam satu kenyataan.
"Komitmen untuk melindungi sekutu kami termasuk Republik Korea dan Jepun, sekiranya mereka berdepan kemungkinan ancaman, tetap utuh," katanya. - REUTERS
14 April 2017 - 13:21
News ID: 823780
Pentagon hari ini enggan mengulas laporan rangkaian penyiaran NBC mengenai kemungkinan melaksanakan tindakan ketenteraan lebih awal terhadap Korea Utara.