30 April 2017 - 18:16
Washington Setuju Tampung Kos Pasang THAAD

Korea Selatan mengesahkan kesediaan Washington untuk menampung sebahagian daripada kos pemasangan peralatan sistem pertahanan antipeluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) tentera Amerika Syarikat di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Korea Selatan mengesahkan kesediaan Washington untuk menampung sebahagian daripada kos pemasangan peralatan sistem pertahanan antipeluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) tentera Amerika Syarikat di negara itu.

Sebelum ini, Presiden Donald Trump dilaporkan berkata, Korea Selatan perlu membiayai kos pemasangan sistem THAAD sebanyak AS$1 bilion (RM4.34 bilion), bagi menangkis serangan senjata nuklear dari Korea Utara. Menurut pejabat Presiden Korea Selatan, jaminan itu diberikan hari ini, oleh Penasihat Keselamatan Kebangsaan Trump, H R McMaster kepada rakan sejawatannya, Kim Kwan-jin, dalam satu panggilan telefon.

Malah, McMaster turut menyatakan Amerika Syarikat menganggap Korea Selatan adalah sekutu penting negara itu di wilayah Asia Pasifik. Perbualan itu berlaku susulan ujian senjata yang dilancarkan oleh Korea Utara, semalam, tetapi dianggap sebagai gagal oleh Washington dan Seoul, menyebabkan ia mendapat kutukan masyarakat antarabangsa. - REUTERS