9 Mei 2017 - 12:39
Iran Akan Tentukan Sasaran Mereka Jikalau Diserang

Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Baqeri berkata bahawa negaranya akan menentukan sasaran mereka sendiri jikalau diserang oleh negara-negara musuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Baqeri berkata bahawa negaranya akan menentukan sasaran mereka sendiri jikalau diserang oleh negara-negara musuh.

Baqeri pada hari Isnin memberi amaran kepada musuh Republik Islam Iran berhubung sebarang bentuk tindakan kekerasan ke atas negara itu.

Dia berkata bahawa jikalau berlaku sebarang bentuk tindakan kekerasan ke atas Iran, negara itu akan bertindak pantas, tegas dan sangat keras sehingga para musuh menyesali perbuatan mereka sebelum menemui kekalahan.

Komen itu dibuat selepas Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman membuat kenyataan anti-Iran beberapa hari lepas.

Riyadh yang telahpun melancarkan peperangan ke atas Yaman sejak 2 tahun lepas serta dituduh menyokong pengganas Takfiri di rantau Timur Tengah melemparkan tuduhan kepada Tehran dengan mengatakan bahawa Iran melakukan banyak campur tangan di rantau itu.

Salman yang juga menteri pertahanan kerajaan bermonarki mutlak itu menuduh Tehran cuba untuk untuk menguasai dunia Islam dan berkata bahawa kerajaannya akan berusaha membawa perang ke Iran daripada bertempur di Arab Saudi sendiri.

Baqeri berkata bahawa Iran setakat ini hanya menunjukkan sebahagian kecil sahaja daripada kemampuan ketenteraanya sambil menambah bahawa para musuh turut memahami bahawa sebarang tindakan ketenteraan ke atas Iran adalah sukar serta mustahil.

Menteri Pertahanan Iran, Brigadier Jeneral Hossein Dehqan turut memberi amaran kepada Riyadh selepas kenyataan Salman bahawa sebarang tindakan bodoh Arab Saudi akan akan menyebabkan serangan balas Iran. Menurut beliau tindakan balas Iran akan memusnahkan keseluruhan wilayah milik negara monarki mutlak itu kecuali Mekah dan Madinah sahaja. -ABNA24

/315