27 Mei 2017 - 17:32
Trump Bertembung Dengan Pemimpin Dunia Di Persidangan G7

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan berkeras dengan para pemimpin dunia lain termasuk beberapa sekutu kuat Washington berhubung isu perubahan cuaca dan perdagangan di dalam mesyuarat G7 yang berlangsung di Itali.

Foto: AFP

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan berkeras dengan para pemimpin dunia lain termasuk beberapa sekutu kuat Washington berhubung isu perubahan cuaca dan perdagangan di dalam mesyuarat G7 yang berlangsung di Itali. Para pegawai Kesatuan Eropah turut menyifatkan pertemuan itu sebagai yang paling 'mencabar' di dalam sejarah G7.

Pertemuan yang berlangsung di Sicily, Itali itu bermula pada hari Jumaat. Para pemimpin dunia dilaporkan saling berdebat dengan Trump yang sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk menarik keluar negaranya daripada pejanjian cuaca di Paris.

"Pertemuan ini akan menjadi yang paling mencabar berbanding mesyuarat-mesyuarat G7 yang sebelumnya," kata Presiden Majlis EU, Donald Tusk.

"Perbezaan pendapat di kalangan sesetengah pemimpin (di persidangan ini) berhubung isu perubahan cuaca, perdangangan... bukanlah lagi sebuah rahsia," tambahnya.

Mesyuarat yang berlangsung pada hari Jumaat masih gagal mengurangkan jurang perbezaan di antara A.S dan rakan sekutunya dan Trump sendiri sedang sibuk menilai kembali kedudukan Washington. -ABNA24

/315