Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin berkata bahawa negaranya sedang mempertimbangkan sebuah respon yang sesuai ke atas tindakan Amerika Syarikat yang mempertingkatkan sistem peluru berpandunya di seluruh dunia. Beliau menganggap tindakan Washington itu sebagai sebuah "cabaran" ke atas Moscow.
Putin yang bercakap di hadapan para wartawan ketika menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg pada hari Khamis berkata bahawa Rusia tidak boleh duduk diam sahaja ketika negara lain berusaha mempertingkatkan keupayaan ketenteraan mereka khususnya di kawasan yang terletak di sepanjang sempadan negaranya di Eropah dan juga di Timur Jauh.
"Mereka mempunyai elemen di dalam sistem ABM (anti-peluru berpandu balistik) mereka sama ada di Alaska ataupun di Korea Selatan. Apakah kami hanya akan melihat sahaja dan melakukan perkara yang sama di Eropah Timur? Sudah tentu tidak. Kami sedang mempertimbangkan sebuah respon kepada cabaran ini," kata Putin.
Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa peningkatan kehadiran ketenteraan Moscow di Timur Jauh Rusia bukanlah sebuah inisiatif yang dimulakan oleh pihaknya sendiri semata-mata. Akan tetapi, Putin mengatakan bahawa kebimbangan Moscow berhubung kehadiran tentera A.S di rantau itulah yang memanggil Kremlin untuk beritndak balas dengan melakukan perkara di atas. -ABNA24
/315
1 Jun 2017 - 14:46
News ID: 833524
Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin berkata bahawa negaranya sedang mempertimbangkan sebuah respon yang sesuai ke atas tindakan Amerika Syarikat yang mempertingkatkan sistem peluru berpandunya di seluruh dunia. Beliau menganggap tindakan Washington itu sebagai sebuah "cabaran" ke atas Moscow.