12 Jun 2017 - 02:38
Kesepakatan PM Britain Dengan Parti Ireland Utara Boleh Bahayakan Perjanjian Damai: Perdana Menteri Ireland

Perdana Menteri Ireland, Enda Kenny memberi amaran kepada pemimpin Parti Konservatif Britain, Perdana Menteri Theresa May berhubung kesepakatan beliau dengan Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara (DUP) dengan alasan perkara itu boleh membahayakan kedamaian,

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Ireland, Enda Kenny memberi amaran kepada pemimpin Parti Konservatif Britain, Perdana Menteri Theresa May berhubung kesepakatan beliau dengan Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara (DUP) dengan alasan perkara itu boleh membahayakan kedamaian,

Kenny pada hari Sabtu menulis di dalam laman sosial bahawa beliau telah bercakap dengan PM britain dan memberikan amaran kepadanya bahawa kesepakatan Parti Konservatif dan DUP boleh membahayakan perjanjian Good Friday (GFA).

May sebelum ini mencapai kesepakatan dengan DUP untuk membentuk kerajaan yang akan membenarkan beiau untuk kekal berkuasa selepas prestasi lemah partinya di dalam pilihan raya lepas.

Kesepakatan May dengan DUP akan dibincangkan oleh kabinetnya pada hari Isnin ini.

"Saya telah bercakap dengan Perdana Menteri - memberitahu tentang kebimbangan saya bahawa tiada apa yang boleh diizinkan berlaku jikalau perkara itu akan membahayakan GFA serta ketiadaan suara nasionalis di Westminster," katanya lagi. -ABNA24

/315