Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Senator Richard Black dari Virginia, Amerika Syarikat berkata dengan memetik sumber perisikan negara itu bahawa Presiden Syria, Bashar Assad akan memenangi 90 peratus undi di negara Arab itu jikalau pilihan raya diadakan di dalam masa terdekat.
"Saya bekerja rapat dengan beberapa orang yang mengumpul maklumat dari Syria... dan terdapat beberapa perkara menarik di dalam laporan yang saya terima," kata Black.
"Pada masa ini, apa yang boleh saya katakan ialah jikalau kamu boleh menganjurkan pilihan raya di Syria... Presiden Assad akan terpilih semula dengan 90 peratus undi termasuk di kawasan yang dikuasai oleh pengganas," tambahnya.
Black yang merupakan wakil rakyat dari Loudoun County, Virginia pernah menemui Assad secara peribadi ketika melawati Syria pada April 2016.
Senator itu berkata bahawa pihak perisikan turut mendedahkan bahawa "warga awam menyokong Assad sepenuhnya dan juga Wanita Pertama (Syria), Puan Assad yang mana saya sendiri anggap sebagai salah seorang daripada wanita pertama yang terbaik di dunia."
Black turut menegaskan bahawa terdapat perpaduan yang mutlak di dalam pasukan tentera negara Arab itu. -ABNA24
/315
20 Jun 2017 - 08:48
News ID: 837599
Senator Richard Black dari Virginia, Amerika Syarikat berkata dengan memetik sumber perisikan negara itu bahawa Presiden Syria, Bashar Assad akan memenangi 90 peratus undi di negara Arab itu jikalau pilihan raya diadakan di dalam masa terdekat.