Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria dan sekutu mereka, Hizbullah telah melancarkan sebuah operasi bersama ke atas kedudukan kumpulan militan Takfiri di kawasan sempadan Lubnan-Syria.
Operasi yang bermula pada hari Jumaat itu menyasarkan kedudukan pengganas di kawasan Juroud Arsal yang terletak di pinggir sebuha pekan Lubnan, Arsal dan juga beberapa kawasan yang terletak di pergunungan Qalamoun, Syria.
Sekitar 3,000 orang pengganas yang mana dua pertiga daripada mereka adalah anggota kumpulan Daesh dan al-Nusra menggunakan kawasan gersang itu sebagai pangkalan untuk menyusun serangan mereka di dalam wilayah Syria.
Menurut Televisyen Al-Manar, serangan di Juroud Arsal dan beberapa kawasan di pekan Fleita yang terletak di Syria itu menyasarkan menyasarkan kumpulan pengganas Jabhat Fateh al-Sham yang lebih dikenali sebagai Jabhat al-Nusra.
Tentera Lubnan juga dilaporkan telah memperkukuhkan kedudukan mereka di pinggir pekan Arsal untuk mengelakkan pengganas daripada memasuki Lubnan dari Syria. -ABNA24
/315
21 Julai 2017 - 10:34
News ID: 843367
Tentera Syria dan sekutu mereka, Hizbullah telah melancarkan sebuah operasi bersama ke atas kedudukan kumpulan militan Takfiri di kawasan sempadan Lubnan-Syria.