Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Lebanon semalam melancarkan operasi ketenteraan ke atas kubu kuat kumpulan militan Daesh di kawasan timur laut negara ini yang bersempadan dengan Syria, langkah yang diikuti pergerakan Hizbullah.
Operasi ketenteraan itu bermula pukul 5 pagi waktu tempatan dengan menyasarkan kedudukan Daesh di bandar Ras Baalbek dengan serangan roket, artileri dan helikopter.
Kawasan itu merupakan bahagian terakhir di sempadan Lebanon dan Syria yang berada di bawah penguasaan pengganas.
Menurut anggota keselamatan, operasi itu berjaya membuat kemaraan di beberapa buah kawasan berbukit dalam usaha menentang kumpulan militan terbabit yang mengambil kedudukan di tanah tinggi, di pos kawalan dan di dalam gua.- REUTERS
21 Ogos 2017 - 15:09
News ID: 849749
Tentera Lebanon semalam melancarkan operasi ketenteraan ke atas kubu kuat kumpulan militan Daesh di kawasan timur laut negara ini yang bersempadan dengan Syria, langkah yang diikuti pergerakan Hizbullah.