6 September 2017 - 11:35
Myanmar Tanam Periuk Api Di Kawasan Sempadan Negara Itu Dengan Bangladesh: Sumber

Pihak berkuasa Myanmar dilaporkan telah menanam periuk api di kawasan sempadan mereka dengan Bangladesh di sebalik hakikat bahawa ribuan etnik Rohingya sedang meninggalkan negara itu dan menuju ke Bangladesh susulan daripada tindakan keras pihak berkuasa Myanmar ke atas etnik Muslim tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Myanmar dilaporkan telah menanam periuk api di kawasan sempadan mereka dengan Bangladesh di sebalik hakikat bahawa ribuan etnik Rohingya sedang meninggalkan negara itu dan menuju ke Bangladesh susulan daripada tindakan keras pihak berkuasa Myanmar ke atas etnik Muslim tersebut.

Dua orang sumber daripada pihak kerajaan di Bangladesh memberitahu Reuters pada hari Rabu bahawa pihak berkuasa Myanmar telah menanam periuk api di dalam wilayah mereka sendiri sepanjang tiga hari lepas.

"Pihak tentera kami menyaksikan bahawa sekitar tiga atau empat kumpulan bekerja berdekatan dengan kawat berduri dengan meletakkan sesuatu ke dalam tanah," kata salah seorang sumber yang bercakap tanpa mendedahkan identitinya.

Kedua-dua sumber yang memiliki maklumat langsung berhubung situasi tersebut berkata bahawa Myanmar mungkin menanam periuk api itu untuk mengelakkan etnik Rohingya daripada kembali semula ke tanah air mereka.

Akan tetapi, menurut mereka, para pelarian yang ingin meninggalkan negara itu turut terdedah kepada risiko yang sama memandangkan bahawa mereka mungkin akan menggunakan laluan yang sama.

Sumber tersebut turut berkata bahawa Dhaka mungkin akan memfailkan protes ke atas tindakan phak berkuasa Myanmar yang menanam periuk api di kawasan tersebut. -ABNA24

/315