14 September 2017 - 17:56
ARSA Tiada Kaitan Dengan Militan Antarabangsa

Pejuang Tentera Keselamatan Arakan Rohingya (ARSA) hari ini menafikan kumpulan itu mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa, beberapa hari selepas militan al-Qaeda menggesa umat Islam supaya membantu rakan seperjuangan mereka di Myanmar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pejuang Tentera Keselamatan Arakan Rohingya (ARSA) hari ini menafikan kumpulan itu mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa, beberapa hari selepas militan al-Qaeda menggesa umat Islam supaya membantu rakan seperjuangan mereka di Myanmar.

ARSA menegaskan, mereka hanya cuba mempertahankan kumpulan minoriti itu daripada penyeksaan jangka panjang oleh kerajaan Myanmar dengan etnik Islam berkenaan dinafikan kerakyatan.

“Kami berpendapat bahawa adalah perlu bagi kami menjelaskan bahawa kami tiada kaitan dengan militan al-Qaeda, Daesh, Lashkar-e-Taiba dan pelbagai kumpulan pengganas lain,” kata kumpulan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Twitter. - AFP