Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran Trump akhirnya mengecam tindakan penghapusan etnik Rohingya yang dilaksanakan oleh tentera Myanmar di wilayah Rakhine.
Diplomat Kanan Untuk Asia Tenggara, Patrick Murphy berkata, pentadbiran Trump sedang menyediakan teks untuk dibaca oleh Presiden Amerika Syarikat itu bagi mengumumkan tindakan tegas terhadap Myanmar.
Amerika Syarikat (AS) mungkin mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap Myanmar supaya tindakan kejam tentera terhadap kaum Rohingya dihentikan.
Pada masa ini lebih 600,000 pelarian Rohingya membanjiri kem pelarian di sekitar Cox’s Bazar, Bangladesh pertubuhan hak asasi kemanusiaan mendakwa pihak berkuasa Myanmar melancarkan gerakan ketenteraan sejak akhir Ogos lalu dengan membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak Rohingya secara sistematik. - Agensi
25 Oktober 2017 - 17:38
News ID: 862576

Pentadbiran Trump akhirnya mengecam tindakan penghapusan etnik Rohingya yang dilaksanakan oleh tentera Myanmar di wilayah Rakhine.