Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Hassan Rouhani memberi amaran kepada Arab Saudi bahawa ia tidak akan mencapai apa-apa dengan mengancam kekuatan Iran, ketika perang mulut antara kedua-dua negara memuncak.
"Anda tahu kekuatan dan kedudukan republik Islam ini. Mereka yang lebih kuat daripada anda pun tidak mampu berbuat apa-apa terhadap rakyat kami.
"Amerika Syarikat dan sekutunya menggerakkan semua kemampuan mereka menentang kami dan tidak mencapai apa-apa," katanya. - AFP