29 November 2017 - 18:39
PM Britain Sokong Iraq Yang Bersatu

Perdana Menteri Britain, Theresa May telah menegaskan sekali lagi sokongan kerajaannya kepada integriti wilayah dan perpaduan Iraq sambil memanggil para pegawai dari wilayah berautonomi separa Kurdistan untuk melindungi perpaduan kebangsaan negara Arab itu.

Foto: AFP

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Britain, Theresa May telah menegaskan sekali lagi sokongan kerajaannya kepada integriti wilayah dan perpaduan Iraq sambil memanggil para pegawai dari wilayah berautonomi separa Kurdistan untuk melindungi perpaduan kebangsaan negara Arab itu.

May "mengesahkan sokongan beliau ke atas perpaduan Iraq" dan memanggil Kerajaan Wilayah Kurdistan (KRG) untuk "menghormati Iraq yang bersatu di dalam pelbagai bidang," kata Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi yang menukilkan kata-kata ahli politik Britain yang berusia 61 tahun itu.

Beliau (May) berkata, melalui penterjemah bahawa kerajaanyya mahu melihat "Iraq yang berpadu dan merangkumi semua (pihak)."

Wilayah Kurdistan pada 25 September lepas telah menganjurkan sebuah referendum pemisahan di sebalik tentangan keras daripada kerajaan pusat di Baghdad, masyarakat antarabangsa dan negara-negara berjiran khususnya Turki dan Iran.

Berikutan referendum itu, Baghdad telah memperkenalkan sekatan penerbangan antarabangsa ke atas wilayah Kurdis dan menggesa kerajaan tempatan untuk menghentikan penjualan minyak yang sebelum ini diuruskan mereka tanpa campur tangan kerajaan pusat.

Misi Bantuan PBB ke Iraq (UNAMI) juga telah memanggil pihak berkuasa KRG untuk mematuhi keputusan mahkamah yang mengumumkan bahawa referendum pemisahan itu sebagai bertentangan dengan perlembagaan. -ABNA24

/315