Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah membincangkan krisis program nuklear Korea Utara menerusi panggilan telefon semalam.
Menurut kenyataan Kremlin, kedua-dua pemimpin itu berbincang tentang `situasi beberapa zon krisis tetapi lebih banyak memfokuskan usaha menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea’.
Pada masa yang sama, Trump dikatakan mengambil langkah mengejutkan apabila berterima kasih kepada Putin kerana memuji prestasi tinggi ekonomi AS.
White House pula memaklumkan, kedua-dua pemimpin `berbincang untuk bekerjasama bagi menyelesaikan isu berbahaya melibatkan Korea Utara’. - AFP
15 Disember 2017 - 16:37
News ID: 872654
Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah membincangkan krisis program nuklear Korea Utara menerusi panggilan telefon semalam.