15 Disember 2017 - 16:47
Seludup Etnik Rohingya Ke Malaysia

Polis Bangladesh menahan seorang lelaki kerana cuba menyeludup lima lelaki, termasuk pelarian Rohingya ke Malaysia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis Bangladesh menahan seorang lelaki kerana cuba menyeludup lima lelaki, termasuk pelarian Rohingya ke Malaysia.

Ketua Polis Teknaf, Main Uddin, berkata dua lelaki Rohingya terbabit tiba di negara itu dari Myanmar sejak Ogos lalu, manakala tiga lagi lelaki adalah warga Bangladesh.

Kelima-lima lelaki itu ditemui di sebuah rumah berhampiran bandar pesisir pantai Teknaf di Tenggara Bangladesh.

"Mereka dikumpul di situ sebelum dibawa masuk ke Malaysia menerusi jalan laut," katanya.

Main berkata, lelaki Rohingya itu sudah membayar AS$120 (RM490.00) setiap seorang untuk dibawa masuk ke Malaysia. - AFP