Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gerakan Ansarullah Houthi berkata bahawa para pejuang mereka telah melancarkan sebuah peluru balistik ke arah kediaman rasmi Raja Salman yang terletak di ibu kota Arab Saudi, Riyadh sebagai tindak balas kepada serangan pakatan tentera pimpinan rejim Saud ke atas negara Yaman.
Seorang jurucakap Houthi bernama Mohammed Abdulsalam berkata peluru berpandu Burkan (Gunung Berapi) H2 yang memiliki julat operasi sejauh 800 km dilancarkan ke atas Istana Yamamah yang turut digunakan oleh rejim Riyadh untuk menerima tetamu kehormat.
Saluran TV al-Masirah yang menukilkan sumber tentera berkata bahawa peluru berpandu itu menyasarkan perhimpunan besar para pemimpin rejim Riyadh tanpa memberikan perincian lanjut.
Akan tetapi, Arab Saudi yang mengetuai pakatan tentera Arab di dalam memerangi Yaman mendakwa bahawa peluru berpandu itu telah dipintas dan dimusnahkan di selatan Riyadh.
Media negara monarki mutlak itu turut mengatakan bahawa tiada laporan kerosakan diterima setakat ini.
Seorang koresponden AFP dilaporkan mendengar bunyi letupan yang kuat pada waktu 1050 GMT iaitu beberapa ketika sebelum kerajaan Riyadh membuat pengumuman bajet tahunan mereka yang sering kali dibuat di Istana Yamamah. -ABNA24
/315
19 Disember 2017 - 13:57
News ID: 873220
Pasukan pertahanan udara Arab Saudi hari ini memintas peluru berpandu balistik yang dibedil ke arah Riyadh, lapor saluran al-Arabiya yang memetik kenyataan pasukan tentera pakatan diketuai negara itu.