Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Indonesia memeterai satu perjanjian bernilai AS$1.14 bilion (RM4.44 bilion) untuk membeli 11 jet Sukhoi Su-35 daripada Russia, menurut pegawai kerajaan negara itu, hari ini.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Indonesia, Totok Sugiharto berkata kontrak berkenaan ditandatangani oleh wakil kedua-dua kerajaan di Jakarta pada Rabu lalu.
"Dua jet Sukhoi ini akan dihantar menjelang Ogos 2018," katanya kepada AFP.
Beliau menambah, enam jet lagi akan dihantar dalam tempoh 18 bulan selepas kontrak ini berkuatkuasa dan baki tiga jet akan dihantar dalam tempoh tiga bulan berikut
Perjanjian itu terlaksana selepas Indonesia memaklumkan pada Ogos lalu bahawa ia mahu menjual minyak sawit, kopi dan teh untuk membeli jet pejuang Russia dengan memanfaatkan sekatan antarabangsa terhadap Moscow. - AFP
17 Februari 2018 - 15:32
News ID: 882296
Indonesia memeterai satu perjanjian bernilai AS$1.14 bilion (RM4.44 bilion) untuk membeli 11 jet Sukhoi Su-35 daripada Russia, menurut pegawai kerajaan negara itu, hari ini.