Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Wanita hebat...itu gambaran sesuai untuk seorang wanita Afghanistan yang menduduki peperiksaan sambil menjaga bayinya.
Jahan Taab, 25, dilaporkan mengambil peperiksaan Kankor, iaitu peperiksaan kemasukan kursus sains sosial di Insititut Pengajian Tinggi Nasirkhosraw di bandar Nilli.
Menurut seorang pensyarah di universiti yang memantau ujian itu, Yahya Erfan, Taab bangkit dari meja ketika bayinya yang berumur dua bulan itu mula menangis, beliau kemudian duduk bersila untuk mendodoikannya sambil terus menjawab peperiksaan.
Erfan sempat mengambil foto wanita tersebut dan dimuatnaik ke akaun Facebook. Walaupun gambar itu kini telah dipadam, foto tersebut menjadi tular dan dikongsikan ribuan netizen di Twitter.
“Wanita itu mempunyai tiga anak, sanggup berjalan lebih enam jam untuk sampai ke bandar Nilli.”
“Sungguh luar biasa dan semua rakan sekelasnya amat kagum dengannya,” kata Erfan kepada CNN.
Walaupun Taab telah lulus ujian kemasukan universiti, namun beliau bimbang tidak mampu membayar yuran pengajian. - Agensi
22 Mac 2018 - 16:21
News ID: 886590
Wanita hebat...itu gambaran sesuai untuk seorang wanita Afghanistan yang menduduki peperiksaan sambil menjaga bayinya.