27 April 2018 - 17:40
3 Penduduk Palestin Maut Ditembak Rejim Zionis

Tiga penduduk Palestin maut ditembak rejim Israel hari ini dalam siri terbaru tunjuk perasaan sepanjang sempadan Gaza dan Israel untuk minggu kelima berturut-turut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tiga penduduk Palestin maut ditembak rejim Israel hari ini dalam siri terbaru tunjuk perasaan sepanjang sempadan Gaza dan Israel untuk minggu kelima berturut-turut.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, Lebih daripada 300 peserta dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan sama ada ditembak atau terhidu gas pemedih mata.

Seramai 44 penduduk Palestin telah kehilangan nyawa akibat dibunuh tentera Israel sejak tunjuk perasaan besar-besaran itu bermula pada 30 Mac lalu manakala ratusan yang lain cedera.

Tiada rakyat Israel yang cedera dalam semua tunjuk perasaan itu.

Semua peserta tunjuk perasaan itu menuntut hak untuk kembali ke kediaman masing-masing yang dirampas rejim Zionis pada tahun 1948.

Menurut Israel, kesemua pelarian Palestin itu jika dibenarkan pulang akan mengakhiri masa depan negara Yahudi berkenaan dan mereka turut menuduh Hamas menggunakan tunjuk perasaan untuk bertindak ganas.

Siri tunjuk perasaan itu secara rasminya diadakan secara bebas tetapi menerima sokongan Hamas yang telah terbabit dalam tiga peperangan bersama Israel sejak tahun 2008. - AFP