Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Israel, semalam berkata siasatan pembunuhan sukarelawan Palestin di sempadan Gaza menunjukkan mangsa ditembak secara tidak sengaja.
Pegawai kesihatan Gaza dan saksi berkata, tentera rejim Zionis menembak mati Razan al-Najjar, 21, sukarelawan perubatan, di bandar Khan Younis dalam usaha menyelamatkan penunjuk perasaan Jumaat lalu.
Bagaimanapun, tentera rejim mendakwa pejuang Palestin menyerang anggotanya di sepanjang sempadan dengan tembakan dan bom tangan.
"Siasatan mendapati sebilangan kecil peluru dilepaskan dan tiada tembakan sengaja disasarkan secara terus ke arahnya," kata kenyataan ringkas tentera Israel.
6 Jun 2018 - 14:45
News ID: 896486
Tentera Israel, semalam berkata siasatan pembunuhan sukarelawan Palestin di sempadan Gaza menunjukkan mangsa ditembak secara tidak sengaja.