24 November 2018 - 17:19
Warga Taiwan Tolak Perkahwinan Sejenis

Penduduk Taiwan menyokong pungutan suara anti perkahwinan sejenis dalam apa yang disifatkan aktivis LGBT sebagai ‘tamparan hebat’ terhadap reputasi negara kepulauan itu sebagai peneraju hak asasi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penduduk Taiwan menyokong pungutan suara anti perkahwinan sejenis dalam apa yang disifatkan aktivis LGBT sebagai ‘tamparan hebat’ terhadap reputasi negara kepulauan itu sebagai peneraju hak asasi.

Mahkamah tertinggi Taiwan membenarkan perkahwinan sejenis pada Mei 2017, ia adalah negara pertama Asia yang berbuat demikian dan memerintahkan undang-undang mesti diluluskan dalam tempoh dua tahun.

Namun, kerajaan tidak banyak menggerakkan usaha ke arah membenarkan perkahwinan sejenis ekoran tentangan daripada golongan konservatif.

Pungutan suara mengenai hanya perkahwinan antara lelaki dan wanita sahaja diiktiraf meraih lebih tujuh juta undi, sementara perkahwinan sejenis hanya disokong lebih enam juta pengundi. - AFP