30 Disember 2018 - 16:05

Pakatan pembangkang diketuai oleh Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) menolak keputusan pilihan raya umum yang menunjukkan Perdana Menteri, Sheikh Hasina mendahului undian dan menuntut agar pilihan raya diadakan sekali lagi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pakatan pembangkang diketuai oleh Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) menolak keputusan pilihan raya umum yang menunjukkan Perdana Menteri, Sheikh Hasina mendahului undian dan menuntut agar pilihan raya diadakan sekali lagi.

“Kami menggesa suruhanjaya pilihan raya untuk membatalkan keputusan ini serta-merta. Kami menuntut agar satu pilihan raya baharu diadakan di bawah kerajaan neutral secepat mungkin,” kata ketua pembangkang, Kamal Hossain. - AFP