Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Angkatan tentera Yaman, yang disokong oleh pasukan pejuang daripada Jawatankuasa Massa, telah membedil posisi tentera upahan yang bekerja dengan rejim Riyadh di wilayah Jizan dan Najran, Arab Saudi dengan peluru berpandu domestik.
Mereka melancarkan peluru berpandu buatan tempatan itu ke wilayah Arab Saudi sebagai tindak balas terhadap kempen ketenteraan Riyadh ke atas negara mereka, baca laporan .
Rangkaian televisyen al-Masirah yang berbahasa Arab, yang memetik sumber tentera daripada unit peluru berpandu berkata bahawa posisi tentera upahan Arab Saudi yang terletak di daerah Tawal telah dibedil dengan peluru berpandu balistik bernama Badr P-1 pada hari Sabtu.
Peluru itu mengenai dan memusnahkan sasaran seperti yang dirancang sekaligus menyebabkan kematian dan kecederaan di pihak musuh, tambah sumber itu tanpa menyatakan angka sebenar kepada wartawan.
Laporan itu juga menyatakan bahawa peluru berpandu jarak dekat, Zelzal-1 -dengan jangkauan purata sekitar 150 kilometer- juga telah dilancarkan ke atas posisi tentera Arab Saudi yang terletak di Gurun al-Baqa'a Najran.
Arab Saudi sejak Mac 2015 telah membedil Yaman khususnya dengan angkatan tentera udara mereka dalam usaha untuk menghancurkan pergerakan Houthi Ansarullah dan mengembalikan semula kuasa kepada bekas Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi yan jugag merupakan sekutu kuat Riyadh. -Press TV
26 Januari 2019 - 18:37
News ID: 926489
Angkatan tentera Yaman, yang disokong oleh pasukan pejuang daripada Jawatankuasa Massa, telah membedil posisi tentera upahan yang bekerja dengan rejim Riyadh di wilayah Jizan dan Najran, Arab Saudi dengan peluru berpandu domestik.