9 Februari 2019 - 17:51
Budak Lelaki Disembelih Hidup-Hidup Di Madinah

Seorang budak lelaki berkerakyatan Arab Saudi telah dibunuh dengan sengaja atas sebab-sebab yang tidak diketahui sekaligus membuka ruang kepada spekulasi bahawa dia mungkin menjadi korban kepada jenayah kebencian baca laporan media.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang budak lelaki berkerakyatan Arab Saudi telah dibunuh dengan sengaja atas sebab-sebab yang tidak diketahui sekaligus membuka ruang kepada spekulasi bahawa dia mungkin menjadi korban kepada jenayah kebencian baca laporan media.

Menurut laporan, dia dibunuh di hadapan ibunya ketika menziarahi bandar Madinah.

Menurut apa yang tersebar di media sosial, Zakariya Bader al-Jabir - dikatakan berusia enam atau tujuh tahun - telah dibunuh secara kejam oleh seorang pemandu teksi di hadapan ibunya pada lewat bulan lalu.

Laman web The New Arab mengatakan bahawa tindakan ibu mangsa yang membaca ziarah kepada Nabi S.A.A.W dan leluarga suci baginda telah menimbulkan kemarahan pemandu teksi tersebut.

Menurut "saksi", suspek kemudiannya memecahkan tingkap keretanya, sebelum merampas budak lelaki yang berusia "tujuh tahun" daripada ibunya dan menyembelih mangsa hidup-hidup. Tindakan kejam tersebut dilaporkan dibuat di hadapan ibu mangsa.

Kekurangan maklumat rasmi berhubung kes di atas juga menimbulkan banyak kekeliruan berhubung kronologi jenayah itu. -Agensi