Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jutaan warga Iran dari semua latar belakang telah turun ke jalan raya di seluruh negara tersebut untuk merayakan hari ulang tahun ke-40 Revolusi Islam di sebalik tekanan hebat Amerika Syarikat ke atas Tehran.
Hari ini menandakan klimaks kepada sambutan Sepuluh Fajar yang memperingati 10 hari penting di dalam sejarah Iran. Sambutan Sepuluh Fajar bermula dengan memperingati hari ulang tahun kepulangan Imam Khomeini ke negara tersebut setelah bertahun-tahun duduk di dalam pengasingan di negara lain.
Sepuluh hari selepas kepulangan beliau, Revolusi Islam akhirnya berjaya mengakhiri pemerintahan monarki selama 2,500 tahun di Iran. Hari kemenangan tersebut dirayakan di Iran sebagai hari terakhir di dalam sambutan Sepuluh Fajar.
Warga Iran pada setiap tahun akan turun ke jalan raya pada hari ini untuk memperbaharui sokongan mereka kepada Revolusi yang berjaya menggulingkan rejim yang disokong A.S.
Para peserta sambutan tersebut turun ke jalan raya di pelbagai bandar di seluruh Iran di sebalik cuaca sejuk untuk memperbaharui kesetiaan mereka kepada sistem pemerintahan negara itu.
Perkara itu dilihat amat penting ketika Iran berhadapan dengan tekanan ekonomi dan politik yang semakin hebat daripada pelbagai penjuru. -Press TV
11 Februari 2019 - 13:28
News ID: 928612
Jutaan warga Iran dari semua latar belakang telah turun ke jalan raya di seluruh negara tersebut untuk merayakan hari ulang tahun ke-40 Revolusi Islam di sebalik tekanan hebat Amerika Syarikat ke atas Tehran.