Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani kini berada di Baghdad dalam rangka lawatan yang bertujuan untuk mengukuhkan ikatan strategik kedua-dua buah negara di sebalik usaha Amerika Syarikat untuk mewujudkan jurang di antara Baghdad dan Tehran sekaligus mengekang apa yang digelar Washington sebagai penyebaran pengaruh Iran di rantau tersebut.
Beliau bertemu dengan rakan sejawatnya, Barham Salih sejurus selepas ketibaannya pada hari Isnin. Kedua pihak mengadakan dialog penting yang kemudiannya disifatkan oleh Presiden Iran sebagai "sangat baik."
"Pengukuhan hubungan di antara Tehran dan Baghdad perlu dalam menjaga kepentingan kedua-dua negara dan kami tidak akan membiarkan langkah positif ke arah kemajuan ini bergerak perlahan atau terhenti," kata Rouhani pada sidang akhbar bersama.
Salih menyifatkan lawatan itu sebagai "sangat penting" dan berkata kedua-dua pihak telah bersetuju dengan rangka kerja baru untuk kerjasama di antara Tehran dan Baghdad yang akan diumumkan kemudian pada hari yang sama. -Press TV
11 Mac 2019 - 14:10
News ID: 932640
Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani kini berada di Baghdad dalam rangka lawatan yang bertujuan untuk mengukuhkan ikatan strategik kedua-dua buah negara di sebalik usaha Amerika Syarikat untuk mewujudkan jurang di antara Baghdad dan Tehran sekaligus mengekang apa yang digelar Washington sebagai penyebaran pengaruh Iran di rantau tersebut.