Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan bahawa New Zealand akan bertafakur selama dua minit pada Jumaat ini sebagai penghormatan kepada mereka yang terkorban dalam serangan pengganas di Christchurch, minggu lalu.
Herald New Zealand melaporkan, beliau turut memberitahu bahawa azan juga akan berkumandang dan disiarkan di Radio NZ dan TVNZ pada hari tersebut.
Dalam perkembangan sama, Ardern berkata, pihaknya telah meluluskan penyerahan 30 mayat mangsa tragedi berdarah tersebut kepada keluarga masing-masing.
Katanya, beliau memahami kekecewaan keluarga mangsa yang masih menunggu untuk menjalankan upacara pengebumian saudara mara.
“Banyak proses, keadaan ini sangat berbeza. Saya mahu memikirkan perkara ini dan menambah baik,” ujarnya. -AGENSI
20 Mac 2019 - 17:20
News ID: 933944
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan bahawa New Zealand akan bertafakur selama dua minit pada Jumaat ini sebagai penghormatan kepada mereka yang terkorban dalam serangan pengganas di Christchurch, minggu lalu.