Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Liga Arab, Rusia, Iran dan Turki telah memberi amaran kepada Amerika Syarikat selepas Presiden Donald Trump pada hari Khamis mengumumkan bahawa pentadbirannya akan mengiktiraf Bukit Golan yang terletak di Syria sebagai wilayah Israel.
Tanah tinggi strategik itu telah berada di bawah pendudukan Israel sejak tahun 1967. Akan tetapi, pengisytiharan Trump yang dibuat mendadak sehari selepas lawatan Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat, Mike Pompeo ke Israel telah membawa konflik tersebut ke peringkat yang lebih kritikal.
Presiden Turki, Tayyip Erdogan pada hari Jumaat berkata bahawa tindakan Trump telah membaawa rantau tersebut itu ke arah konflik baru.
Dalam satu ucapan di mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Erdogan berkata, "Kita tidak boleh membenarkan legitimisasi pendudukan di Dataran Tinggi Golan." -Press TV
22 Mac 2019 - 18:20
News ID: 934149
Liga Arab, Rusia, Iran dan Turki telah memberi amaran kepada Amerika Syarikat selepas Presiden Donald Trump pada hari Khamis mengumumkan bahawa pentadbirannya akan mengiktiraf Bukit Golan yang terletak di Syria sebagai wilayah Israel.