Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Majlis Keselamatan Jerman dilaporkan telah meluluskan penghantaran senjata dan teknologi ketenteraan kepada dua rejim yang terlibat secara aktif di dalam pkonflik berdarah di Yaman, iaitu Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Perkara itu dibuat di sebalik walaupun larangan yang dikenakan sebelum itu ke atas sebarang bentuk eksport senjata kepada rejim Riyadh.
Majlis, yang terdiri daripada Canselor Angela Merkel dan jemaah ketua menteri, meluluskan penghantaran senjata dan teknologi berkaitan melalui syarikat usaha sama mereka dengan Perancis, lapor Der Spiegel pada hari Jumaat. Penerbitan Jerman itu memetik dokumen milik Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Jerman.
Dengan kelulusan tersebut, syarikat Jerman Kamag akan menawarkan "teknologi untuk pengeluaran semi treler" ke Perancis yang kemudiannya akan menghantar produk siap tidak dijelaskan kepada Arab Saudi. -Press TV
13 April 2019 - 14:55
News ID: 936754
Majlis Keselamatan Jerman dilaporkan telah meluluskan penghantaran senjata dan teknologi ketenteraan kepada dua rejim yang terlibat secara aktif di dalam pkonflik berdarah di Yaman, iaitu Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).