Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mayat seorang tentera Israel dengan beberapa kesan tikaman di badannya, ditemui berdekatan sebuah penempatan Yahudi di Tebing Barat, hari ini.
Tentera Israel menerusi kenyataan bagaimanapun tidak mengulas secara lanjut mengenai kejadian tersebut.
“Pagi tadi, mayat seorang tentera ditemui dengan beberapa kesan tikaman, berhampiran penempatan komuniti Yahudi di utara Hebron,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menggelar kejadian itu sebagai serangan pengganas.
“Pasukan keselamatan kini sedang berusaha menangkap individu yang bertanggungjawab,” katanya. - AFP
8 Ogos 2019 - 18:42
News ID: 967714
Mayat seorang tentera Israel dengan beberapa kesan tikaman di badannya, ditemui berdekatan sebuah penempatan Yahudi di Tebing Barat, hari ini.