Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang suspek militan dan anggota polis maut dalam pertempuran senjata api pertama sejak New Delhi menggugurkan autonomi Kashmir bahagian pentabiran India, kata polis hari ini.
Ketegangan juga makin meningkat dengan Pakistan menyatakan tiga rakyatnya maut ketika tembakan India dari sempadan de facto di Kashmir yang dikenali sebagai Garis Kawalan (LoC).
Sementara itu, agensi berita Press Trust India pula melaporkan, pihak berkuasa memberitahu, seorang tentera India maut dan empat lagi cedera apabila tentera Pakistan melepaskan tembakan pada pos hadapan dan kampung di sepanjang LoC di daerah Poonch semalam. - AFP
21 Ogos 2019 - 18:28
News ID: 970417
Seorang suspek militan dan anggota polis maut dalam pertempuran senjata api pertama sejak New Delhi menggugurkan autonomi Kashmir bahagian pentabiran India, kata polis hari ini.