Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya empat maut dan 10 lagi cedera dalam serangan tembakan rambang semasa parti Halloween di Califonia, Amerika Syarikat semalam.
Insiden pada jam 11 malam itu (waktu tempatan) berlaku di sebuah rumah di Lucille Way berhampiran Knickerbocker Lane, Orinda.
Difahamkan, rumah terbabit disewa khas bagi meraikan sambutan Halloween.
Serangan berlaku beberapa hari selepas tiga orang ditembak mati semasa parti Halloween di Long Beach.
Polis masih menyiasat motif serangan. - Agensi
1 November 2019 - 17:22
News ID: 985445
Sekurang-kurangnya empat maut dan 10 lagi cedera dalam serangan tembakan rambang semasa parti Halloween di Califonia, Amerika Syarikat semalam.