Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ulama terkemuka Iraq, Ayatullah Sistani menyeru pihak keselamatan negara itu untuk tidak menggunakan kekerasan ketika berhadapan dengan protes anti-kerajaan yang sudah berlarutan selama tiga minggu.
Di dalam sebuah kenyataan yang dibacakan oleh wakilnya, Abdul Mahdi al-Karbalaei, Ayatullah Sistani menganggap pihak keselamatan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk peningkatan di dalam kekerasan yang tercetus di dalam protes tersebut. Beliau juga menyeru kerajaan Baghdad untuk segera memenuhi permintaan para peserta tunjuk perasaan.
Kenyataan itu dibacakan oleh wakilnya di Karbala ketika khutbah solat Jumaat di bandar suci tersebut.
"Keamanan di dalam tunjuk perasaan dalam apa bentuk sekalipun harus mendapat perhatian semua pihak. Tanggungjawab terbesar jatuh ke atas pihak keselamatan. Mereka harus mengelakkan penggunaan kekerasan dengan para peserta tunjuk perasaan yang damai," kata ulama itu.
"Seluruh unit politik memiliki peluang unik untuk memberikan respon kepada warga awam berasakan pelan 'roadmap' yang telah dipersetujui," tambah beliau.
Para peserta tunjuk perasaan telah mengarahkan kemarahan mereka kepada kelas elit pemerintah yang menurut mereka telah merampas kekayaan negara tersebut dalam keadaan ekonomi umum yang semakin terjejas.
Protes tersebut bermula lebih sebulan lepas dan sering kali bertukar ganas dengan pihak keselamatan melepaskan tembakan dan penunjuk perasaan membakar dan merosakkan bangunan kerajaan.
Presiden Iraq, Barham Salih pada minggu lepas berkata bahawa Perdana Menteri Iraq, Adel Abdel Mahdi bersedia untuk meletakkan jawatan sejurus selepas kesemua pemimpin politik bersetuju dangan pengganti beliau.
Di sebalik protes yang berlanjutan, pemimpin tertinggi kumpulan politik di Iraq telah berkumpul di Baghdad, Najaf dan Erbil dan zahirnya mereka bersetuju untuk mengekalkan PM sedia ada.
Ulama kanan, Muqtada al-Sadr yang sebelum ini dilihat giat menyokong penunjuk perasaan dan menuntut pembubaran kerajaan mula mendiamkan diri.
PM Iraq kini telahpun mengusulkan beberapa pembaharuan yang dilihat cuba untuk memenuhi permintaan penunjuk perasaan termasuk menambah pekerja kerajaan, meningkatkan dana kebajikan dan melancarkan projek infrastruktur yang baharu. -Press TV
9 November 2019 - 19:15
News ID: 986853
Ulama terkemuka Iraq, Ayatullah Sistani menyeru pihak keselamatan negara itu untuk tidak menggunakan kekerasan ketika berhadapan dengan protes anti-kerajaan yang sudah berlarutan selama tiga minggu.